Sunday, September 19, 2010

User Testing





User Testing
Pengguna pertama yang telah mencuba aplikasi dalam web saya ialah Cik Rozi Yanawati binti Rahmat.  Dia merupakan seorang pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif jurusan fesyen dan tekstil.  Kemudian Pengguna kedua ialah Asmawi bin Muhamad daripada Fakulti Sains Kognitif dan Sumber dan pengguna akhir saya ialah Atikah binti Mohamad daripad Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif jurusan Pengurusan Seni. Mereka mengatakan bahawa aplikasi yang digunakan amat mudah untuk digunakan dan rekaan yang yang ringkas membuatkan mereka mudah untuk faham. Contohnya aplikasi butang yang digunakan. Penggunaan warna yang kontra membuatkan pengguna lebih tertarik untuk menggunakan web ini sebagai petunjuk dan mendapatkan maklumat.



Pengguna yang menggunakan aplikasi dalam web ini telah menyatakan bahawa mereka mudah untuk mendapatkan maklumat kerana maklumat yang cuba disampaikan memenuhi citarasa mereka. Dengan menghasilkan aplikasi butang yang mudah untuk digunakan semua maklumat dapat diperoleh dengan mudah. Dengan adanya peta dan kalender yang disediakan dalam web ini, pengguna akan tahu bila tarikh dan lokasi dengan lebih tepat.





Selain itu, mereka menyatakan bahawa program yang dijalankan sangat menarik minat mereka  contohnya sukan air yang menjadi kegilaan dan menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing. Jadual program dinyatakan dengan tepat dalam aplikasi ini memudahakan pengguna mengetahui tarikh yang sesuai untuk mereka berkunjung ke festival tersebut.